7 bulan. Tepat 7 bulan yang lalu. Tepat pada saat ini 7 bulan yang lalu, jiwaku seperti retak. Aku merintih dan meronta, bagaikan ingin dikejutkan dari mimpi yang buruk. Aku seperti diberi satu sepakan yang menbangkitkan diriku kembali ke dunia realiti. Tepat 7 bulan yang lalu, tepat pada waktu ini, jiwa kami kehilangan.
Tidak ku berhasrat untuk mencoretkan perasaanku di sini. Hatiku gundah memikirkan tragedi. Amirah, sudah 7 bulan lah, Amirah. Kami rindu kamu.
Mungkin aku tidak berapa sedar sewaktu itu. Ya, aku mengangis, aku merintih, aku rasa kekosongan yang menyusuli selepas perginya arwah. Namun kenapa? Kenapa baru aku rasa begini? Rindu. Aku rindukannya. Mungkin benar, tidak ku dulu rapat dengan arwah. Tetapi kesedihan rakan-rakanku yang rapat dengannya masih dapat ku rasai.
Rakan. Rakan-rakan. Mungkin ku berbaik dengan semua. Tetapi kau telah menyedari aku, Amirah. Aku keseorangan. Ku tidak mempunyai rakan yang aku boleh berkongsi kesemuanya bersama. Ku tidak mempunyai apa yang kau ada. Jika ku berada dalam keadaan sepertimu, jika aku yang menjadi si mati suatu hari nanti, adakan aku akan ada rakan-rakan yang akan merindui aku sepertimana rakan-rakanmu merindui mu? Yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ku? Adakah aku cemburu? Ya, aku cemburu. Tetapi, Amirah, kalau kau masih di sini, aku ingin memeluk dan mencium mu. Terima kasih kerana membuka hatiku. Terima kasih kerana menyedarkan aku betapa tingginya harga seorang rakan. Terima kasih kerana menyedarkan diriku yang aku tidak akan ke mana tanpa rakan-rakanku. Aku sungguh berterima kasih denganmu.
Al-Fatihah, moga kau sentiasa berbahagia di sana, Amirah.
No comments:
Post a Comment